Sunday, November 18, 2007

IMPIAN


Anak-anak mempunyai impian masing-masing. Lihatlah betapa impian mereka membina sebuah rumah idaman. Untuk mencapai apa yang diimpikan pengorbanan ditagih, kesetiaan diuji, kepercayaan menjadi sandaran. Bagaimana pula impian kita?

Keluarga Raya


Beginilah Tradisi Hidup di Kampung.
Lemang Menjadi Menu Utama Pada Hari Raya.


Inilah Gambar Adiputra Sekeluarga
Pada Pagi Hari Raya.
Bertudung Putih ialah Ibunda Adiputra.

Tuesday, October 2, 2007

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata..

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu

Wednesday, September 19, 2007

ANDAINYA...........



Andai Ramadhan kali ini terakhir...
Biar Ramadhan kali ini menjadi saksi satu keluhuran budi dan ketulusan hati kita sesama insan, biar para malaikat turut sama menyaksikan, biar pokok-pokok berhenti bergoyang, biar angin berhenti bertiup, biar laut tenang setenang hati insan yang memohon maaf sedar atas kesilapan yg dilakukan...maaf diterima dengan redha atas apa yg telah berlaku...insyAllah.

Andai ini ramadhan terakhir...
Kepada semua......

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN'

Tuesday, September 18, 2007

LANGKAWI


Di Pulau Tikus
Pulau Beras Basah



Friday, September 14, 2007

Thursday, September 13, 2007

Hadith Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."