Wednesday, September 19, 2007

ANDAINYA...........



Andai Ramadhan kali ini terakhir...
Biar Ramadhan kali ini menjadi saksi satu keluhuran budi dan ketulusan hati kita sesama insan, biar para malaikat turut sama menyaksikan, biar pokok-pokok berhenti bergoyang, biar angin berhenti bertiup, biar laut tenang setenang hati insan yang memohon maaf sedar atas kesilapan yg dilakukan...maaf diterima dengan redha atas apa yg telah berlaku...insyAllah.

Andai ini ramadhan terakhir...
Kepada semua......

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN'

Tuesday, September 18, 2007

LANGKAWI


Di Pulau Tikus
Pulau Beras Basah



Friday, September 14, 2007

Thursday, September 13, 2007

Hadith Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga amalan kita akan bertambah dan puasa kita diterima.
Amin..